Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk pengendali makanan tidak mempunyai suntikan anti-tifoid, tidak menjalani latihan pengendalian makanan serta tahap kebersihan diri dan premis yang tidak memuaskan.
Beliau berkata selain itu 78 sampel makanan telah diambil di premis terpilih termasuk Bazar Ramadan dan gerai makan bagi memastikan juadah yang dijual adalah bersih dan selamat untuk pengguna.
"Untuk tahun ini kita ada 3,840 tapak bazar Ramadan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 352 gerai makanan persendirian di seluruh negeri.
"Bermula 12 Mac hingga Ahad, sebanyak 3,298 tapak bazar Ramadan dan gerai makanan telah diperiksa bagi memastikan kepatuhan peniaga terhadap Akta Makanan 1983," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Ops Pasaraya di sini.
-- BERNAMA